top of page
1_Im0.jpeg
2_Im0.jpeg
Citrus Fruits

SOALAN-SOALAN AHK

SOALAN 1: APAKAH NAMA PROJEK YANG SEDANG DIUSAHAKAN?

Nama projek ialah KOMPLEKS ANJUNG HUSNUL KHATIMAH (AHK).

SOALAN 2: DI MANA LOKASI PROJEK?

Lokasi projek di Kampung Lebu, Mukim Mempaga, Bentong, Pahang Darul Makmur. (Lebih kurang 50 minit dari Kuala Lumpur).

SOALAN 3: SIAPA PEMILIK PROJEK INI?

Projek ini dimiliki oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan diterajui oleh Wakaf Pahang.

SOALAN 4: SIAPA AL-MUTAWWALI (PENGURUS PROJEK)?

Yayasan Sabha telah diamanahkan untuk membangun, mengurus dan melaksanakan semua program latihan di AHK.

SOALAN 5: APAKAH MOTO PERJUANGAN AHK?

Moto perjuangan AHK bersandarkan kepada doa harian yang sering di baca iaitu:

تِمَةِ الْخَا بِسُوْءِ عَلَيْنَا تَخْتِمْ وَلَا تِمَةِ الْخَا بِحُسْنِ لَنَا اخْتِمْ أَللّٰهُمَّ

“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan akhiran yang baik, dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan akhiran yang buruk.”

SOALAN 6: APAKAH TAGLINE AHK?

Bersesuaian dengan intisari PROGRAM PENDIDIKAN HUJUNG USIA, ANJUNG HUSNUL KHATIMAH (AHK) menggunakan tagline ini iaitu “AKHIRAT DIJUNJUNG, DUNIA DIKELEK”.

SOALAN 7: APAKAH OBJEKTIF PENUBUHAN AHK?

AHK mempunyai objektif berikut:

  • Menawarkan program mengislah diri di hujung usia agar mereka yang terlibat dapat membuat persediaan yang cukup untuk bertemu Allah SWT dalam Husnul Khatimah;

  • Menganjurkan modul-modul latihan yang dirangka khas untuk penghuni warga emas berumur 50 tahun keatas. Modul khusus juga dirangka untuk peng anak-anak remaja dan dewasa agar mereka dapat memberi khidmat terbaik kepada dua ibu bapa selaku anak yang soleh dan solehah;

  • Membuat program-program susulan bagi menentukan apa yang mereka pelajari dapat diamal secara berterusan hingga ke akhir hayat;

  • Mengaturkan jalinan silaturrahim di antara peserta-peserta agar mereka dapat terus bertukar-tukar ilmu dan pengalaman bagi menyegarkan impian untuk mati dalam Husnul Khatimah;

  • Menyediakan jadual harian yang menggabungkan ibadah, kekeluargaan, kemasyarakatan, khidmat agama dan penjernihan jiwa agar mereka yang terlibat dapat mengamalkan Islam sebagai “a way of life” seperti yang dikehendaki oleh Islam; dan 

  • Menyebarluaskan idea mati dalam Husnul Khatimah kepada masyarakat Islam di Malaysia khasnya dan seluruh dunia amnya. Diharapkan perkataan Husnul Khatimah menjadi sebutan harian setiap Muslim.

SOALAN 8: STRUKTUR PENGURUSAN AHK

Sehingga ini terdapat tiga task force yang membantu hal-hal pengurusan, khidmat teknikal & pembangunan AHK dan task force merangka modul latihan.

Task Force Pengurusan di anggotai oleh pemegang amanah YKS dengan dibantu oleh beberapa individu yang telah dikenalpasti.

Task Force Teknikal & Pembangunan pula mengandungi pegawai perancang, jurutera C&S, jurutera M&E, surveyor, Q&S, arkitek dan individu-individu terpilih yang mempunyai kepakaran dalam urusan membangun sebuah Kompleks seperti AHK.

Task Force Merangka Modul Latihan pula dianggotai oleh pakar-pakar di dalam bidang latihan yang berpengalaman.

SOALAN 9: APAKAH PRINSIP YANG DIGUNAPAKAI DALAM USAHA MEMBANGUN DAN MENYEDIAKAN PROGRAM?

ANJUNG HUSNUL KHATIMAH diurus mengikut prinsip wakaf, infaq, zakat  secara “non-profit making”. Ianya dibangun dan dikendalikan sebagai satu cabang dakwah yang menekankan kepentingan mengujudkan institusi, program dan gerakerja yang dapat dilihat (Dakwah Bil Hal). Dalam lain perkataan AHK BUKAN TEMPAT MENCARI KEUNTUNGAN, sebaliknya sebagai pusat mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan persediaan fizikal, mental, emosional dan spiritual yang sewajarnya untuk mengakhirkan hayat dalam Husnul Khatimah.

SOALAN 10: APAKAH IMEJ YANG HENDAK DIPAPARKAN OLEH AHK?

Imej yang hendak dipaparkan adalah bersih, cekap, amanah, berkualiti, moden dengan sistem pengurusan menggunakan tingkat profesionalisme yang tinggi. Kemudahan yang disediakan bertaraf 3.5 bintang untuk memberi keselesaan disamping menunjukkan tanda hormat AHK kepada mereka yang menyertai program serta para pengunjung.

SOALAN 11: BAGAIMANA KOMPLEKS AHK AKAN DIBANGUNKAN?

Projek AHK dibahagikan kepada 3 Fasa:

Fasa Pertama: Mengandungi Balai Islam/Masjid. 60 buah studio wakaf kediaman, blok pengurusan, rumah masak, kafeteria dan utilities.

Fasa Kedua & Ketiga akan menyusul kemudiannya.

SOALAN 13: SECARA AMNYA APAKAH BENTUK PENYALURAN ILMU DAN LATIHAMAL BAGI PENGHUNI DAN PESERTA PROGRAM?

AHK menyediakan 3 program utama iaitu:

Program Pertama: Pusat Pengajian Warga Emas

Program Kedua: Pusat Penjagaan Warga Tua (Islamic Elderly Home Care)

Masing-masing mengandungi 180 unit & 120 unit studio penginapan. 

Program Ketiga: Kursus Jangka Pendek Bersiri "Mati Dalam Husnul Khatimah," Penginapan selesa, makan minum disaji & ilmu disampaikan secara sistematik. Sejumlah tempat dikhususkan kepada peserta B40 secara percuma.

SOALAN 12: APAKAH BENTUK TEMPAT KEDIAMAN PESERTA?

Peserta akan ditempatkan di unit-unit kediaman yang dinamakan studio. Studio ini berukuran 18 kaki x 23 kaki iaitu 414 kaki persegi yang mengandungi bilik tidur yang boleh menempatkan 2 orang, dapur moden, billik air selesa dan ruang tamu yang selesa. Keselesaan yang dinikmati bertaraf 3.5 bintang. 

SOALAN 14: APAKAH PERKEMBANGAN TERKINI PEMBANGUNAN AHK?

Usaha sedang giat dijalankan untuk memohon Kebenaran Merancang (KM) daripada Majlis Perbandaran Bentong. Untuk tujuan ini Jawatankuasa Teknikal telah ditubuhkan yang dianggotai oleh pakar-pakar teknikal sedang berusaha menyiapkan laporan masing-masing. JawatankuasaTeknikal ini dibantu oleh Ahli Lembaga Pengarah Yayasan.

SOALAN 15: DARI MANAKAH AHK MEMPEROLEHI SUMBER DANA?

Selain daripada pewakafan unit-unit kediaman yang ditanggung oleh para peserta, beberapa bangunan kegunaan umum seperti Balai Islam/Masjid, Blok Pentadbiran, Dewan-dewan Kuliah Serbaguna, Rumah Masak, Kafeteria, Bilik Sakit/Rawatan, Ruang Parkir, Kiosk serta infra dan utilities memerlukan sumbangan daripada masyarakat Islam. Sumbangan dalam bentuk infaq, zakat, sedekah, fidyah, amal jariah dan fisabilillah boleh dibuat terus kepada akaun bank Yayasan Kebajikan Sabha (2016).

SOALAN 16: PROGRAM AHK ADAKAH UNTUK ORANG MALAYSIA SAHAJA?

Tidak. AHK memberi ruang kepada kaum muslimin di negara jiran seperti Singapura, Brunei Darussalam, Selatan Thailand dan Indonesia untuk menyertainya. Dalam jangka masa panjang jika keadaan mengizinkan, tawaran boleh dibuat kepada negara Islam di seluruh dunia.

Pink Sugar
bottom of page