top of page

ANJUNG HUSNUL KHATIMAH

Yayasan Kebajikan Sabha (YKS) bersama dengan Perbadanan Waqaf Selangor (PWS) sedang giat membangunkan Kompleks Anjung Husnul Khatimah bertempat di Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan dijangka siap penghujung tahun 2022.

Info

Maklumat penuh Anjung Husnul Khatimah.

Unik

Pendidikan sebegini adalah satu-satunya yang terdapat di negara ini.

Lokasi

Kompleks ANJUNG HUSNUL KHATIMAH terletak dalam persekitaran semulajadi dikelilingi gunung-ganang, hutan menghijau dan kicauan unggas yang menyamankan.

Warga Emas

Penyertaan terbuka kepada mereka yang berumur 50 tahun ke atas laki-laki dan perempuan.

Prinsip

YKS merupakan NGO bukan untuk tujuan keuntungan (non-profit making). Semuanya berjalan atas prinsip Amal Jariah dan Fisabilillah.

Ilmu

Anak-anak dewasa diberi ilmu dan kemahiran menjaga ibubapa hujung usia secara penuh kasih sayang, bersopan, berhemah dan beradab.

Yuran

Golongan fakir miskin serta anak-anak yatim dikecualikan daripada membuat sebarang bayaran. Semuanya ditanggung oleh YAYASAN KEBAJIKAN SABHA.

Galeri

Site Lapis-01.jpg
Site Lapis1-01-01.jpg
Site Lapis1-01.jpg

Tapak Kompleks

YAYASAN KEBAJIKAN SABHA sedang dalam proses mendapatkan kelulusan merancang (KM)  daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ). Penukaran kegunaan tanah daripada pertanian kepada bangunan pada dasarnya telah diluluskan dan sedang menunggu tindakan berikutnya.

Lot Tanah: Lot 2903 & Lot 3024.

Luas Tapak: 4.5 Ekar.

Alamat: Batu 15, Sg Semungkis, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan.

Kerja-Kerja Pembinaan: Penyiapan tapak dengan kerja-kerja meratakan cerun, kerja-kerja tanah, pemasangan longkang dan penanaman rumput telah pun disiapkan.

Fasa-fasa Pembangunan: Pembinaan ANJUNG HUSNUL KHATIMAH akan dimulakan sebaik sahaja jumlah dana minima dapat diusahakan. Sekiranya semuanya berjalan seperti yang dirancangkan, kerja-kerja pembinaan mungkin dapat dimulakan menjelang hujung tahun 2020 atau awal 2021.

Tarikh Dijangka Siap: Hujung tahun 2022.

Blok-blok Bangunan

Struktur binaan mengandungi:

  • 1 blok masjid/surau dengan kapasiti 800 ke 1,000 orang.

  • 1 blok pentadbiran: Pejabat pentadbiran, kamar kaunseling, bilik rawatan/perubatan, bilik dokumentasi, bilik tayang, ruang mesyuarat, bilik pengarah  dan bilik mesyuarat.

  • 2 blok hostel 2 tingkat dengan kapasiti 75 orang untuk setiap blok.

  • 1 blok dewan kuliah 2 tingkat.

  • 1 blok dewan makan dan ruang masak.

  • 3 unit banglo (Pengarah dan  2 rumah tamu).

  • 2 unit Semi-D (tenaga pengajar berkeluarga).

  • 5 unit rumah bujang (tenaga pengajar bujang).

  • 6 unit chalet (untuk peserta yang memerlukan perhatian istimewa).

  • 1 unit gimnasium.

  • 1 ruang santai.

  • Dataran ilmu berkapasiti 2,000 orang.

Sumbangan

Orang ramai dijemput untuk menghulurkan sumbangan dalam bentuk wakaf, zakat, infaq/derma dan berbagai saluran yang lain yang menepati kehendak Syarak.

Sumbangan boleh dibuat secara online ke akaun YAYASAN KEBAJIKAN SABHA (2016), Maybank, bernombor 564276527165 atau secara sumbangan bulanan melalui Arahan Tetap di bank anda. Sumbangan boleh dibuat secara individu, berkeluarga atau pertubuhan termasuk syarikat dan badan-badan perniagaan.

AHK sentiasa mengalu-alukan kepada pihak yang berhasrat untuk menaja mana-mana struktur bangunan atau menaja sebahagian daripada fasa-fasa pembangunan atau keseluruhan projek pembangunan yang telah dirancangkan.

Keterangan lanjut sila hubungi:

Pejabat Urusan

No. 153B, 2nd Floor,
Jalan Aminuddin Baki,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur​

Email: yayasankebajikansabha2016@gmail.com

Telefon: 013-6283985 atau 019-213 0147

Hubungi Kami

Thank you for your support!

bottom of page