Soalan Lazim
Senarai soalan lazim mengenai Anjung Husnul Khatimah.
SENARAI SOALAN
SOALAN 1: APAKAH NAMA PROJEK YANG SEDANG DIUSAHAKAN?
Nama projek ialah ANJUNG HUSNUL KHATIMAH (AHK).
SOALAN 2: DI MANA LOKASI PROJEK?
Lokasi projek di Batu 15, Sungai Semungkis, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan (Lebih kurang 40 minit dari Kuala Lumpur).
SOALAN 3: PIHAK MANA YANG MEMBANGUNKAN PROJEK INI?
Projek ini diusahakan oleh YAYASAN KEBAJIKAN SABHA (YKS) dengan kerjasama PERBADANAN WAKAF SELANGOR (PWS).
SOALAN 4: APAKAH MOTO PERJUANGAN AHK?
Moto perjuangan AHK bersandarkan kepada doa harian yang sering di baca iaitu:
تِمَةِ الْخَا بِسُوْءِ عَلَيْنَا تَخْتِمْ وَلَا تِمَةِ الْخَا بِحُسْنِ لَنَا اخْتِمْ أَللّٰهُمَّ
“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan akhiran yang baik, dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan akhiran yang buruk.”
SOALAN 5: APAKAH TAGLINE AHK?
Bersesuaian dengan intisari PROGRAM PENDIDIKAN HUJUNG USIA, ANJUNG HUSNUL KHATIMAH (AHK) menggunakan tagline ini iaitu “AKHIRAT DIJUNJUNG, DUNIA DIKELEK”.
SOALAN 6: APA PERANAN YKS DAN PWS?
YKS sebagai pencetus idea, pengurus projek pembangunan, merangka modul penyaluran ilmu dan latihamal disamping bertindak sebagai pihak yang mengendali dan mentadbir segala aktiviti yang dikendalikan oleh ANJUNG HUSNUL KHATIMAH (AHK). PWS pula membantu mengujudkan tabung khas diberi nama TABUNG WAKAF LAPIS yang diurus mengikut lunas-lunas pengurusan wakaf.
SOALAN 7: APAKAH STATUS PEMILIKAN KOMPLEKS TERSEBUT?
Kompleks tersebut akan diwakafkan kepada Majlis Agama Islam Selangor melalui PWS. Ianya bukan milik YKS dan bukan juga milik PWS. Sebaliknya, ia dimiliki oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menjadi pemegang amanah kepada harta milik Allah SWT itu.
SOALAN 8: APAKAH OBJEKTIF PENUBUHAN AHK?
AHK mempunyai objektif berikut:
-
Menawarkan program mengislah diri di hujung usia agar mereka yang terlibat dapat membuat persediaan yang cukup untuk bertemu Allah SWT dalam husnul khatimah;
-
Menganjurkan modul-modul latihan yang dirangka khas untuk warga hujung usia berumur 40 tahun keatas. Modul khusus juga dirangka untuk anak-anak dewasa agar mereka dapat memberi khidmat terbaik selaku anak-anak yang soleh dan solehah;
-
Membuat program-program susulan bagi menentukan apa yang mereka pelajari dapat diamal secara berterusan hingga akhir hayat;
-
Mengaturkan jalinan silaturrahim di antara peserta-peserta agar mereka dapat terus bertukar-tukar ilmu dan pengalaman bagi menyegarkan impian untuk mati dalam husnul khatimah;
-
Menyediakan jadual harian yang menggabungkan ibadah, kekeluargaan, kemasyarakatan, khidmat agama dan penjernihan jiwa agar mereka yang terlibat dapat mengamalkan Islam sebagai “a way of life” seperti yang dikehendaki oleh Islam; dan
-
Melalui para peserta, tumpuan diberi untuk menyebarluaskan idea mati dalam husnul khatimah kepada masyarakat Islam di Malaysia khasnya dan seluruh dunia amnya.
SOALAN 9: STRUKTUR PENGURUSAN AHK
Sehingga ini terdapat tiga task force yang membantu hal-hal pengurusan, teknikal pembangunan AHK dan task force merangka modul latihan.
Task force pengurusan di anggotai oleh pemegang amanah YKS dengan dibantu oleh beberapa individu yang telah dikenalpasti. Task force teknikal pula mengandungi pegawai perancang, jurutera, arkitek dan individu-individu terpilih yang mempunyai kepakaran dalam urusan membangun sebuah Kompleks seperti AHK. Task force merangka modul latihan pula dianggotai oleh pakar-pakar di dalam bidang latihan yang berpengalaman.
SOALAN 10: BOLEHKAN AHK DIKATAKAN SEBAGAI PUSAT JAGAAN WARGA EMAS?
AHK BUKAN pusat jagaan warga emas (old folks’ home). Ianya juga BUKAN pusat jagaan harian (day care center) dan ianya juga BUKAN tempat memberi khidmat kepada golongan masyarakat yang terpinggir seperti gelandangan dan kumpulan yang terbiar. Sebaliknya, AHK adalah sebuah institusi yang dibangunkan untuk menyediakan PROGRAM PENDIDIKAN HUJUNG USIA. Program pendidikan ini menekankan kepada ilmu dan latihamal yang mesti digarap oleh setiap muslim sebagai persediaan bertemu Allah Rabbul Jaleel.
SOALAN 11: APAKAH PRINSIP YANG DIGUNAPAKAI DALAM USAHA MEMBANGUN DAN MENYEDIAKAN PROGRAM?
ANJUNG HUSNUL KHATIMAH diurus mengikut prinsip “non-profit making”, amal jariah, fisabilillah dan amal soleh. Ianya dibangun dan dikendalikan sebagai satu cabang dakwah yang menekankan kepentingan mengujudkan institusi, program dan gerakerja yang dapat dilihat (dakwah bil hal). Dalam lain perkataan AHK BUKAN TEMPAT MENCARI KEUNTUNGAN, sebaliknya sebagai pusat mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan persediaan fizikal, mental, emosional dan spiritual yang sewajarnya.
SOALAN 12: ADAKAH PESERTA DIKENAKAN APA-APA YURAN PENYERTAAN?
Bagi mereka yang tidak berkemampuan termasuk golongan asnaf, fakir miskin dan anak yatim, penyertaan mereka adalah PERCUMA. Bagi mereka yang ada kemampuan pula, pihak AHK mengalu-alukan sumbangan ikhlas bagi menampung kos pengurusan, makan minum, penyelenggaraan dan sebagainya.
SOALAN 13: APAKAH IMEJ YANG HENDAK DIPAPARKAN OLEH AHK?
Imej yang hendak dipaparkan adalah bersih, cekap, amanah, berkualiti, moden dengan sistem pengurusan menggunakan tingkat profesionalisme yang tinggi. Kemudahan yang disediakan bertaraf 3 bintang untuk memberi keselesaan disamping menunjukkan tanda hormat AHK kepada mereka yang datang mengikuti program.
SOALAN 14: BILAKAH DIJANGKA BERMULA DAN JANGKAAN SIAP?
Sekiranya dana yang diperlukan telah terkumpul, blok bangunan masjid/surau akan dibangunkan dahulu menjelang pertengahan tahun 2020. Seluruh Kompleks dijangka siap pada penghujung tahun 2021.
SOALAN 15: BOLEHKAH DIBERI SEDIKIT GAMBARAN STRUKTUR BANGUNAN YANG BAKAL DIBANGUNKAN?
Keseluruhan Kompleks mempunyai keluasan 59,071 kaki persegi. Kompleks tersebut dibahagi kepada 8 blok meliputi blok masjid, blok pentadbiran, blok kelas, blok hostel, blok dewan makan, blok chalet, rumah kediaman dan kuarters pekerja. Anggaran kos yang terlibat di sekitar RM12 juta (termasuk perabot, penghawa dingin dan lengkapan dalaman).
SOALAN 16: SECARA AMNYA APAKAH BENTUK PENYALURAN ILMU DAN LATIHAMAL BAGI MEREKA YANG BERUMUR 50 TAHUN KE ATAS?
Mereka yang berumur 40 tahun ke atas akan mengikuti 5 modul yang setiap satunya berjalan selama 3 hari 2 malam.
-
Modul Pertama: “Tahap-Tahap Kehidupan Insan: Alam Rahim Ke Liang Lahad.”
-
Modul Kedua: “Mempraktik Kehidupan Seimbang Antara Tuntutan Dunia Dan Akhirat.”
-
Modul Ketiga: “Ilmu Fardhu Ain Dan Fardhu Kifayah Bagi Warga Hujung Usia.”
-
Modul Keempat: “Membina Keperibadian Muslim Sejati Sebagai Pra-Syarat Mati Dalam Husnul Khatimah.”
-
Modul Kelima: “Menangani Cabaran Dan Halangan Menjadi Insan Yang Dicintai Allah SWT.
SOALAN 17: APAKAH PULA MODUL YANG DITAWARKAN UNTUK ANAK-ANAK REMAJA DAN DEWASA?
Program ilmu dan latihamal untuk anak-anak remaja dan dewasa yang sedang dan bakal mengurus dan menjaga ibubapa hujung usia. Anak-anak dewasa ini akan mengikuti 4 modul yang perlu diikuti dengan tarikh pilihan masing-masing dalam masa dua tahun. Modul 1: “Kasih Sayang, Dan Adab Tertib Menjaga Ibubapa Hujung Usia.” Modul 2: “Mengurus Ibubapa Yang Sedang Nazak.” Modul 3: “Tanggungjawab Anak-Anak Mengurus Jenazah Ibubapa.” Modul 4: “Mengurus Harta Tinggalan Ibubapa Bagi Mengelakkan Konflik Di Kalangan Ahli Waris.”
SOALAN 18: DARI MANAKAH AHK MEMPEROLEHI SUMBER DANA?
Sumber dana diperolehi melalui 4 cara:
-
Pertama: Menggunakan sijil-sijil wakaf dengan denominasi tertentu.
-
Kedua: Zakat peribadi, zakat perniagaan dan lain-lain (amaun zakat yang disumbangkan mendapat potongan cukai penuh daripada LHDN).
-
Ketiga: Sumbangan secara “online” termasuk potongan bulanan melalui bank.
-
Keempat: Pembiayaan blok-blok bangunan secara pukal samada membiayai satu-satu blok bangunan atau beberapa blok bangunan kompleks AHK tersebut.
SOALAN 19: PROGRAM AHK ADAKAH UNTUK ORANG MALAYSIA SAHAJA?
Tidak. AHK memberi ruang kepada kaum muslimin di negara jiran seperti Singapura, Brunei Darussalam, Selatan Thailand dan Indonesia untuk menyertainya dalam jangka panjang tawaran mengikut program dibuka kepada negara Islam di seluruh dunia.
SOALAN 20: ADAKAH PENYUMBANG DIBERI PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN?
Ya. Penyumbang akan diberi pengecualian cukai pendapatan oleh LHDN.
PERTANYAAN LANJUT
Ramai yang bertanya mengenai KOMPLEKS ANJUNG HUSNUL KHATIMAH. Di sini kami berikan FAQ/senarai soal-jawab mengenai kompleks tersebut.
Sekiranya masih ada perkara-perkara lain yang tidak terangkum dalam FAQ ini, bolehlah hubungi terus pejabat pengurusan kami.
Keterangan lanjut sila hubungi:
Pejabat Urusan
No. 153B, 2nd Floor,
Jalan Aminuddin Baki,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur.
Email: yayasankebajikansabha2016@gmail.com
Telefon: 013-6283985 atau 019-213 0147