top of page

anjung husnul khatimah

pusat tarbiyyah hujung usia

Fasa pertama pembinaan Kompleks ditumpukan kepada pembinaan ANJUNG HUSNUL KHATIMAH.

UNTUK INSAN HUJUNG USIA 

  1. Menyediakan pendidikan hujung usia secara separa formal dan formal kepada warga emas sebagai persediaan untuk mereka menemui Allah Rabbul Jaleel.

  2. Memperkukuh amalan keagamaan khususnya yang berkaitan dengan akidah, amalan syariat dan akhlak Islam.

  3. Mempraktik ibadah mulai daripada awal pagi (sebelum subuh) hingga waktu tidur. 

  4. Mempraktik doa dan zikir harian, membaiki bacaan Al-Quran, Kaifiyyat Taubat dan lain-lain amalan pembersih dosa sebagai persediaan sebelum menemui Allah SWT. 
     

UNTUK ANAK-ANAK DEWASA

  1. Memberi ilmu dan kemahiran mengurus dan menjaga ayah bonda hujung usia kasih sayang, adab, tertib dan kesopanan.

  2. Mengurus ayah bonda hujung usia yang hilang keupayaan.

  3. Mengurus ayah bonda hujung usia yang sedang dalam Sakratulmaut.

  4. Mengurus jenazah hingga ke perkuburan.

  5. Meneruskan hubungan akrab si mati dengan rakan-rakan mereka disamping mendoakan keselamatan mereka di Alam Barzakh.

  6. Memberi ilmu dan kemahiran mengurus harta peninggalan si mati bagi mengelakkan perbalahan dan perselisihan berpanjangan di antara waris si mati.

PERSEKITARAN BIMBINGAN YANG KONDUSIF

Mereka yang bertugas di ANJUNG HUSNUL KHATIMAH diwajib memaparkan akhlak mulia berteraskan kasih sayang, simpati dan penghormatan. Sifat-sifat ini boleh dicetuskan melalui:

​

  • Persekitaran yang dipenuhi denagan kemesraan, kasih sayang dan saling menghormati di antara peserta dengan wargakerja Anjung Husnul Khatimah.

  • Penzahiran empati, amanah dan sifat bertanggungjawab di kalangan wargakerja Anjung Husnul Khatimah.
     

KESAN PENDIDIKAN HUJUNG USIA

Dengan mengikuti program Pendidikan Hujung Usia yang dirancang dan dikendali dengan sistematik, para peserta diharap dapat menjadikan mereka:

  1. Insan yang  faham keperluan ilmu dan amalan sebagai persediaan menemui Allah Rabbul Jaleel.

  2. Mengamalkan tuntutan ibadat Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah dengan sempurna.

  3. Melayari kehidupan hujung usia yang lebih bererti dalam suasana damai dan tenang.

  4. Mengakhirkan kehidupan dalam limpahan kasih sayang Allah SWT. 

  5. Anak-anak dewasa lebih bersedia mengurus ayah bonda lanjut usia hingga ke akhir hayat dengan penuh kasih sayang, kesabaran dan ketertiban.

  6. Keluarga terdekat khususnya anak-anak sendiri mampu dan bersedia mengendalikan sendiri jenazah ayah bonda -- memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan serta meletakkan ke liang lahad jenazah insan kesayangan mereka.

  7. Keluarga terdekat khususnya anak-anak boleh mengurus harta peninggalan ayah bonda mengikut kehendak Syariat bagi mengelak sebarang perselisihan dan perbalahan yang berpanjangan.
     

SUMBANGAN

MASYARAKAT

Sumbangan boleh dibuat dalam bentuk wakaf khas tunai, wang peruntukan zakat, infaq/derma dan berbagai saluran yang lain yang menepati kehendak Syarak.

​

Maklumat tentang LAPIS boleh diperolehi melalui FACEBOOK ANJUNG HUSNUL KHATIMAH LAPIS. Sumbangan juga boleh dibuat secara online ke akaun YAYASAN KEBAJIKAN SABHA (2016), Maybank, TTDI bernombor 564276527165.

bottom of page