ibapak
YAYASAN KEBAJIKAN SABHA bersama PERBADANAN WAKAF SELANGOR sedang mengusahaan pembangunan KOMPLEKS AN
YAYASAN KEBAJIKAN SABHA bersama PERBADANAN WAKAF SELANGOR sedang mengusahaan pembangunan KOMPLEKS ANJUNG HUSNUL KHATIMAH. Kompleks yang menelan belanja sekitar RM8 juta ini bertempat di Sungai Semungkis, Hulu Langat, Selangor. KOMPLEKS ini mengendalikan 2 program. Program pertama adalah khusus untuk mereka yang berumur 50 tahun ke atas lelaki dan perempuan. Program kedua adalah untuk anak-anak dewasa yang sedang dan akan menjaga ibubapa hujung usia mereka.
Ilmu dan latih amal yang diberi berlegar di sekitar perlunya setiap muslim mati dalam HUSNUL KHATIMAH bukan SUUL KHATIMAH. Ertinya, kita perlu mati dalam kematian yang baik di sisi Allah SWT.
Program diberi secara percuma kepada mereka yang tidak berkemampuan. YAYASAN KEBAJIKAN SABHA akan menampung kos yang terlibat melalui sumbangan dari berbagai pihak.
Anda dijemput meghulurkan sumbangan dalam bentuk wakaf, zakat infaq dan lain-lain yang menepati Syariat sangat dialu-alukan. Sumbangan boleh dibuat secara: a. online, b. potongan bulanan melalui bank, c. mendapatkan sijil wakaf, d. menaja kos pembinaan blok-blok bangunan yang telah ditentukan.
Sumbangan juga boleh dibuat secara online ke akaun YAYASAN KEBAJIKAN SABHA (2016), Maybank, TTDI bernombor 564276527165.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian: 03-7732 1669, 019-213 0147, 013-628 3985, 019-620 3215.
E-mail: yayasankebajikansabha2016@gmail.com
Website: www.anjunghusnulkhatimah.com
FB: Anjung Husnul Khatimah Lapis