ibapak
SAYA YANG BAKAL ALMARHUM
*USAI & SELESAI MAJLIS PENGKEBUMIAN MUROBBI UMMAH PEMBIMBING ALQURAN AL MARHUM TS HASSAN AZHARI DI MAQBARAH MAQAM DIRAJA SELANGOR*
" Sesungguhnya Tiap Tiap Nafsu @ Yang Bernyawa Itu Pasti Akan Menikmati Mati @ Sakaratul Maut"
1⃣ Alhamdulillah takdirnya saya dan famili diantara ribuan yang diberikan kesempatan oleh Allah swt dalam kesibukan urusan dunia bersama berangkat ke Masjid Negeri Shah Alam pagi ini untuk menyertai seramai jemaah dan warga ummah untuk *bersolat jenazah* sebagai tanda penghormatan kepada al marhum *TS Hassan Azhari* yang mulia. Izinkan saya berkongsi isi nurani..
2⃣ MasyaAllah dengan kehendak dan izinNya juga begitu ramai orang yang terpilih datang berkereta dan berjalan kaki memasuki kawasan Masjid. Parking penuh bagaikan hari Jumaat. Mereka semua ini pastinya "Penchinta al-Quran", para sahabat teman dan semua kenalan. Datang dengan penuh taazim dan rasa ukhwah menunaikan amanah kifayah masing-masing. "Syukurlah jika masih ada rasa mahu menyusuli sang jenazah .."
3⃣ Hampir penuh kawasan dewan solat utama Masjid Negeri dengan jemaah bersolat jenazah. Tepat jam 9am sebagaimana yang diumumkan maka Pak Imam pun mengangkat takbir pertama. Suasana damai dan tenang. Sungguh aman dan menginsafkan dengan bacaan doa yang dilantunkan. "Pengakhiran yg amat bernilai dan bermakna. Bagaimanalah nasib akhir kita nanti?"
3⃣ Seusai imam berdoa maka anakanda almarhum pun berucap mohon doa dan ucap terima kasih serta keredhaan semua jemaah yang hadir. Sekaligus isytihar jika ada mana mana orang yang belum dilunaskan hutang atau diberikan haknya kepada almarhum agar datang berjumpa beliau. "Terbisik jua bagaimanakah anak anak kita nanti semasa mengurus jenazah kita?"
4⃣ Selesai sesi ucapan ringkas oleh anak almarhum terus jenazah diusung rapat oleh para waris dan jemaah ke kawasan maqbarah di Maqam Diraja Selangor. Saya perhatikan ramai wajah-wajah VIP turut sama hadir memberikan penghormatan terakhir. "Bisik saya sepi di hati siapakah nanti yang akan hadir di saat solat jenazah hari kematianku?"
5⃣ Setibanya di kawasan maqam sudah ramai orang menunggu ketibaan jenazah termasuk DYMM Sultan Selangor YAB MB dan MP Shah Alam serta ramai lagi yg tak dapat disebutkan. Begitu hebat kemuliaan yang diperolehi oleh almarhum dan pastinya dia pun tidak akan menyangka diberikan penghormatan untuk disemadikan d kawasan maqam Diraja. "Terpacul juga soalan di minda dimana nanti maqam quburku ya Rabb?"
6⃣ Bacaan zikir doa talqin dan tahlil disempurnakan oleh Pak Imam dalam suasana yang paling nyaman kerana cuaca pada masa itu amat redup. Mentari dilindungi awan sehinggalah usai upacara majlis. Tiada kedengaran kicau burung bernyanyian atau unggas bersahutan. Terasa amat tanda-tanda bahawa alam pun berasa sedih hiba dan memberikan penghormatan yang paling indah. "Apakah alam nanti akan turut bersamaku?"
7⃣ Hujung acara pengkebumian di depan mata saya para anak anak almarhum satu persatu memberikan penghormatan termasuk VIP Baginda Sultan MB dan kerabat. Bisik hati kecil saya beruntungnya almarhum di saat akhir begitu ramai VIP, anak cucu hadir termasuk kedua isterinya dalam suasana penuh ukhwah wal mahabbah. "Bagaimana nanti kenalan & ahli keluargaku menghantar jenazahku ke liang lahad?"
8⃣ Saya berpeluang berjabat tangan dengan ramai VIP termasuk DYMM Sultan YAB MB dan para VIPs lain. Namun yang paling bererti ialah ketika berjabat dengan TS Musa Hassan bekas KPN anakanda almarhum yang terus memeluk erat bisu seribu bahasa hanya seleret senyuman penuh makna dan falsafah sebagai seorang sahabat. Dia mengelak dari berjuraian air mata dengan terus bersalaman dengan para hadirin. "Air mata apakah & siapakah yg akan mengalir dihari persemadianku nanti?"
9⃣ Ketika saya keluar dan turun dari kawasan maqam Diraja yang agak berbukit disuatu sudut saya berhenti dan tika itulah terasa cahaya mentari menyapa pipi membiasi bumi keluar dari celah celah awan yang berserak. Oh! Betapa hebatnya masa hidup almarhum bersama al-Quran hingga alam pun turut merasai pemergiannya ke alam barzakh. "Oh apakah daku ini sudah menjadi pencinta alQuran dlm hidupku kini?"
🔟 Sebelum masuk ke kereta saya pesan kepada anak lelaki saya bahawa nanti kalau saat ajal Abi mati maka:
☪💚 Siaga sentiasa untuk uruskan jenazah Abi sebaiknya bermula dari mandi kafan solat dan kebumi. Raikanlah sahabat dan kawan-kawan Abi juga sebaiknya kerana di tangan mereka ada *syafaat seorang sahabat* yang Abi amat perlukan masa di akhirat nanti.
☪❤ Bila Abi sudah dikebumikan nanti tiada siapa lagi disisi melainkan amal jariah dan ibadah yang dilakukan semasa hidup
☪🧡 Bila jasad Abi sudah dikebumikan tiada lagi harta, nama, pangkat yang boleh membantu Abi melainkan surah al Mulk yang dibaca saban malam sebelum tidur
☪💚 Bila semua hadiri telah meninggalkan pusara Abi yang akan datang hanya 2 Malaikat Munkar & Nakir untuk menjalankan tugas mereka. Tika itu Abi harap al-Quran akan datang memberikan syafaat.
☪💙 Bila sudah berlalu beberapa minggu dan bulan maka tiada siapa lagi yang akan datang menziarahi pusara Abi lagi melainkan Habeeb & Hazeeq jika menjadi anak anak yang soleh selalu mendoakan kesejateraan Abi di dalam qubur sehinggalah saat qiamat tiba.
☪💜 Abi sudah tidak akan ada kesempatan untuk mengganti semua ibadah yang luput, hutang yang tak sempat dibayar dan dosa yang belum terampun semasa hidup melainkan anak anak yang soleh sahajalah yang akan menyusul dan menyempurnakan semua itu. Jadilah anak anak lelaki yang solah ya Bunaiya. Itu sahaja harapan dan doa Abi di penghujung usia ini. Kepeluk erat anakku sambil berdoa dlm hati ..
🤲🏼 *Ya Rabb..*
Daku saksikan dengan mata kepala sendiri bagaimana Dikau muliakan hambaMu yg belajar mengajar dan beramal dgn al Quran..
🤲🏼 *Ya Rabb..*
Sungguh Daku tak berdaya dan berupaya menjadi sepertinya yang Dikau muliakan saat kematiannya ..
🤲🏼 *Ya Rabb..*
Jadikanlah kami semua pencinta al Quran, berikan kami kekuatan untuk terus belajar al Quran dan kesungguhan beramal dengan kandungan al Quran yg benar hingga akhir hayat ..
Saya sudahi dgn doa khatam alQuran.. Ameen ya Rabbal Alameen🤲🏼
"Saling Memberi Ingat @ Tazkirah Antara Kamu Kerna Sesungguhnya Peringatan Itu Sangat Memberikan Manfaat Yang Besar Hanya Kepada Orang-Orang Yang Beriman"_
Wallahualam,
Saya yang bakal almarhum
*CHE'GU MAHADI MOHD ISMAEI'LY*
AJK Majlis Daawah Negara - MDN
Naib Pengerusi Dewan Masjid MDN
_Maqam Diraja Selangor_
_Shah Alam_
7hb Oktober 2018 / Ahad / 10.30am
----------------------------------------------------------------------
"NUKILAN YANG BEGITU INDAH MNGENAI PERGINYA INSAN ALQURAN. INSAN YANG TELAH MNJADIKAN RAKYAT MALAYSIA PEKA KEPADA KEPERLUAN MEMBUDAYAKAN ALQURAN DALAM KEHIDUPAN HARIAN. HIDUPNYA SEMATA-MATA UNTUK MENJUNJUNG KALAMULLAH. WAHYU ALLAH BUKAN HANYA UNTUK DIBACA DENGAN BAIK BAHKAN PERLU DIHIDUPKAN DISETIAP PERINGKAT ANGGOTA MASYARAKAT.
HAYATI JUGA WASIAT PENULIS KEPADA ANAK-ANAKNYA APABILA MALAIKALMAUT TELAH SEMPURNA MENJALANKAN TUGASNYA."
AHK DENGAN RENDAH DIRI INGIN BERSAMA ANDA MENGUKIR KEHIDUPAN DIHUJUNG USIA UNTUK MEMPEROLEH HUSNUL KHATIMAH.
Sumbangan boleh dibuat secara online ke akaun YAYASAN KEBAJIKAN SABHA (2016), Maybank, TTDI bernombor 564276527165.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian: 03-7732 1669, 019-213 0147, 013-628 3985, 019-620 3215.
E-mail: yayasankebajikansabha2016@gmail.com
Website: www.anjunghusnulkhatimah.com
FB: Anjung Husnul Khatimah Lapis