• ibapak

PROGRAM PENDIDIKAN HUJUNG USIA


Masyarakat muslim Malysia akan berpeluang mengikuti PROGRAM PENDIDIKAN HUJUNG USIA. Program ini ditujukan kepada mereka yang berumur 50 tahun ke atas lelaki dan perempuan beserta anak-anak dewasa yang sedang dan bakal menjaga mereka. Warga emas tersebut akan mengikuti 7 modul ilmu dan latih amal. Setiap modul secara berturutan akan menyentuh persoalan utama iaitu: MENGAPA DAN BAGAIMANA SAYA MESTI MATI DALAM HUSNUL KHATIMAH? Setiap satunya berjalan selama 2 hari 1 malam dengan tarikh pilihan masing-masing.

Anak dewasa akan mengikuti 4 modul iaitu Modul 1: “Adab Dan Tertib Menjaga Ibubapa Hujung Usia.” Modul 2: “Mengurus Ibubapa Yang Sedang Nazak.” Modul 3: “Tanggungjawab Anak-Anak Mengurus Jenazah Ibubapa.” Modul 4: “Mengurus Harta Tinggalan Ibubapa Bagi Mengelakkan Konflik Di Kalangan Ahli Waris.”

Atas sifatnya sebagai “non-profit making”, amal jariah, fisabilillah dan amal soleh, ANJUNG HUSNUL KHATIMAH memberi ilmu dan latih amal PERCUMA kepada mereka yang kurang berkemampuan. YAYASAN KEBAJIKAN SABHA akan menaja penyertaan mereka melalui sumbangan orang ramai.

Sumbangan anda dalam bentuk wakaf, zakat infaq dan lain-lain yang menepati Syariat sangat dialu-alukan.

Sumbangan juga boleh dibuat secara online ke akaun YAYASAN KEBAJIKAN SABHA (2016), Maybank, TTDI bernombor 564276527165.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian: 03-7732 1669, 019-213 0147, 013-628 3985, 019-620 3215.

E-mail: yayasankebajikansabha2016@gmail.com

Website: www.anjunghusnulkhatimah.com

FB: Anjung Husnul Khatimah Lapis

8 views0 comments

Recent Posts

See All