ibapak
HIDUPKAN SUASANA RUMAH SEPERTI MADRASAH
Hari ini ramai suami tidak mampu pergi solat dan belajar agama di masjid-masjid. Akibatnya, suami tidak mengajar anak isteri memahami Islam. Maka wujudlah tiga suasana di rumah-rumah di seluruh dunia:
1) Suasana Pawagam
TV dan Audio yang besar2.. karaoke2.. video2 games. Anak2 dibesarkan dalam suasana kelalaian.. sehingga rasa terkilan bila terlepas drama di TV...menangis bila tengok drama2... ada juga ibu bapa yang bersyukur bila anak2 terpilih jadi penyanyi buat maksiat di pentas2.
2) Suasana Hotel
Rumah yang dihias mewah2 seperti Hotel, berhawa dingin...setiap tahun tukar sofa baharu.. tilam2 mewah.. bilik air mewah..sehingga menjadi tempat rehat yang lebih merehatkan diri daripada berada di rumah Allah.
3) Suasana Restoran
Rumah yang dipenuhi dengan makanan seperti restoran...mewah...setiap saat dalam kekenyangan....fikiran hanya fikir makan dan minum sahaja.. fikir untuk penuhkan. perut.. peti ais penuh dengan makanan....aiskrim...dan pembaziran berlaku dengan begitu banyak).
Kita perlu berubah kepada Kefahaman Agama agar suasana rumah berubah.
Suasana rumah seperti rumah Baginda SAW dan Sahabat-sahabat di Madinah tidak wujud lagi.. iaitu Suasana Rumah seperti Madrasah.
Hidupkan suasana bacaan al-Quran dan Hadis di rumah.
Hidupkan suasana dakwah. Bercakap mengenai kebesaran ALLAH dan suasana Ilmu di rumah.
Hidupkan suasana zikir dan solat-solat sunat di rumah..
Rumah penuh dengan Nur al-Quran-Hadis.. ALLAH turunkan Rahmat.. Keberkatan.. dan Sakinah ... keluarga hidup bahagia.
Lahirkan anak-anak alim-alimah, Hafiz-Hafizah dan Daie-Daieyah yang memperjuangkan Islam di seluruh alam.
Suasana ini yang perlu kita wujudkan di rumah-rumah kita. Hari ini anak-anak kita makan makanan penyihat otak dan penguat ingatan, kismis dan rumah-rumah lagi tapi pencapaian exam tak cemerlang. Belajar tak pandai2.. rupanya bukan salah makanan kesihatan tapi sebenarnya hati anak2 gelap sebab tak dengar Hadis.
Wujudkan amalan bacaan taklim Hadis Nabawi di rumah-rumah kita. Cari satu masa kumpul keluarga baca Hadis2 Nabi SAW dan baca kisah2 para sahabat dalam kitab Hayatus Sahabah agar isteri dan anak2 kita mengenali kehidupan sahabat2 Nabi SAW, insan2 yang telah berjaya.
Barulah ahli keluarga hidup secara sederhana dan tidak berhajat kepada mewah2 sehingga kadangkala melebihi kemampuan bapa dan suami.
Semoga kita semua berazam untuk hidupkan suasana rumah seperti Madrasah di rumah kita In sya Allah..
Wallahu a'lam.. والله اعلم
Sharing is caring
___________________________________________________________________________
Mari kita sama-sama renungkan bingkisan ini. Mungkin ada ruang untuk kita berfikir secara rasional dan mengambil langkah-langkah konkrit merobah kehidupan kepada yang lebih baik disisi Allah swt.
ANJUNG HUSNUL KHATIMAH SUKACITA MENAWARKAN KHIDMAT KEARAH KEHIDUPAN YANG LEBIH DAMAI DAN TENTERAM UNTUK DIRI DAN ANGGOTA KELUARGA KITA.
Sumbangan juga boleh dibuat secara online ke akaun YAYASAN KEBAJIKAN SABHA (2016), Maybank, TTDI bernombor 564276527165.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian: 03-7732 1669, 019-213 0147, 013-628 3985, 019-620 3215.
E-mail: yayasankebajikansabha2016@gmail.com
Website: www.anjunghusnulkhatimah.com
FB: Anjung Husnul Khatimah Lapis