top of page
  • Writer's pictureibapak

BERBAKTI KEPADA IBUBAPA YANG TELAH TIADA


RAMAI ORANG SAYANG IBUBAPA, TAPI SEBENARNYA TAK SAYANG.

Kesilapan besar anak-anak terhadap arwah ibubapa yang sudah meninggal dunia antaranya adalah :

  1. Ada yang hanya menggantung gambar ibubapa di dinding-dinding rumah atau simpan gambar itu dalam dompet.

  2. Ada yang suka simpan barang yang ditinggalkan oleh ibubapa, dijaga dengan baik atau diwariskan.

  3. Ada yang sering pergi ke kubur hanya untuk bersihkan kuburan dan dicabut rumput.

  4. Ada yang menangis dan bersedih sepanjang masa teringatkan arwah... dan lain-lain.

Sebenarnya bukan itu sangat yang arwah ibubapa kita mahukan, harapkan dan perlukan. Semasa mereka berada di alam barzakh sana, ada yang lebih utama dari itu.

Sebagai anak kita wajib meneruskan bakti dan khidmat kita kepada arwah ibubapa kita. Di sana mereka teramat- amat menantikan doa dan kiriman pahala khas dari anak-anak mereka.

Yang mereka perlukan, antaranya ialah :

  1. Doa keampunan dan rahmat Allah untuk mereka dari anak-anak.

  2. Sedekah harta yang diniatkan pahalanya untuk mereka dari anak-anak.

  3. Amal soleh yang dilakukan hasil didikan mereka dari anak-anak.

  4. Anak-anak sering menyebut atau menceritakan apa saja kebaikan ibubapa.

  5. Sedekahkan Al-Fatihah setiap hari untuk arwah ibubapa.

Setelah matinya seorang ibu atau bapa, segalanya sudah berubah. Di alam barzakh sana segala nikmat duniawi sudah tidak bermakna lagi... hilang sudah senda gurau, gelak tawa, main main, perhiasan indah atau harta dunia.

"... yang bernilai di sana hanya pahala yang dibawa atau yang dikirim..."

Ingatlah... hari ini kita sebagai anak, esok lusa kita mati amalan yang sama kita perlukan pada anak kita.

Wallahu a'lam...

Ziarah Alam Barzakh : http://www.fatehteam.com/ziarah-ke-alam-barzakh/ _________________________________________________________

DI ANJUNG HUSNUL KHATIMAH, ANAK-ANAK DEWASA DIBERI ILMU DAN AMALAN PRAKTIKAL CARA-CARA MENGKHIDMATI IBUBAPA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA. MARI KIA SAMA-SAMA REALISASIKAN PEMBINAAN KOMPLEKS ANJUNG HUSNUL KHATIMAH UNTUK MEMULAKAN PROGRAM "PENDIDIKAN HIJUNG USIA". MOGA PROGRAM SEPERTI INI DAPAT MEMBANTU KITA SEMUA MATI DALAM HUSNUL KHATIMAH. Sumbangan boleh dibuat secara online ke akaun YAYASAN KEBAJIKAN SABHA (2016), Maybank, TTDI bernombor 564276527165.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian: 03-7732 1669, 019-213 0147, 013-628 3985, 019-620 3215. E-mail: yayasankebajikansabha2016@gmail.com Website: www.anjunghusnulkhatimah.com FB: Anjung Husnul Khatimah Lapis

28 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page