PENGURUSAN KOMPLEKS

Kompleks Anjung Husnul Khatimah ini dibangun dan ditadbirkan oleh Yayasan Kebajikan Sabha (YKS) dengan kerjasama Perbadanan Wakaf Selangor (PWS). Perbadanan Wakaf Selangor telah menubuhkan Tabung Wakaf Khas Yayasan Kebajikan Sabha. Tabung ini diurus sepenuhnya oleh PWS. Pihak YKS bertindak sebagai penggalak kepada mereka yang memberi sumbangan.

 

Sebagai pengurus Kompleks, YKS diberi amanah mengurus kompleks, menyediakan modul-modul pengajian/latihan, menyediakan tenaga pengajar dan lain-lain keperluan harian seperti makan minum, keselamatan dan menilai keberkesanan program yang dikendalikan.

PENGECUALIAN MEMBAYAR YURAN

Peserta-peserta ANJUNG HUSNUL KHATIMAH yang termasuk di dalam kategori fakir dan miskin dikecualikan daripada membuat sebarang bayaran atau yuran.  Penyertaan mereka dibiayai sepenuhnya oleh pihak YKS.

Bagi peserta-peserta yang mempunyai kemampuan, YKS mengharapkan mereka dapat membantu menampung sebahagian daripada kos yang terlibat. Ini termasuklah kos pengurusan harian, kos penyelenggaraan dan utiliti, makan minum, saraan tenaga pengajar/fasilitator dan pekerja am.

SUMBANGAN

MASYARAKAT

Sumbangan boleh dibuat dalam bentuk wakaf khas tunai, wang peruntukan zakat, infaq/derma dan berbagai saluran yang lain yang menepati kehendak Syarak.

Maklumat tentang LAPIS boleh diperolehi melalui FACEBOOK ANJUNG HUSNUL KHATIMAH LAPIS. Sumbangan juga boleh dibuat secara online ke akaun YAYASAN KEBAJIKAN SABHA (2016), Maybank, TTDI bernombor 564276527165.