top of page

ANJUNG HUFFAZ

PUSAT HAFAZAN DAN PENGAJIAN AL-QURAN

  1. Melahirkan generasi Al-Quran yang memiliki ilmu yang mantap, amalan Islam yang sentiasa segar dan keghairahan mendakwahkan agama Allah SWT dengan tingkat profesionalisme yang tinggi.

  2. Membentuk peribadi Muslim dan Mukmin sejati berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah dengan mengambil percontohan berbagai dimensi kehidupan Rasulullah SAW serta para sahabat Baginda.

  3. Melahirkan kumpulan pendakwah dan pekerja agama yang mempunyai daya tahan dan juang yang tinggi dalam usaha membentuk masyarakat yang beriman bertunjangkan Al-Quran.

  4. Membentuk golongan muda yang berketerampilan tinggi dalam ilmu agama dan ilmu-ilmu alat untuk kehidupan di dunia.

OBJEKTIF

Melalui pendidikan holistik, bakal Huffaz yang dilahirkan mempunyai kualiti berikut:

  • Mempunyai “worldview” dan wawasan hidup yang menjangkau di luar daripada  kepentingan diri dan keluarga sebaliknya sentiasa memikirkan permasalahan ummat sejagat tanpa sempadan.

  • Alim dalam ilmu Al-Quran dan As-Sunnah serta lain-lain ilmu Islam yang berkaitan.

  • Bertindak sebagai pendakwah profesional yang arif dalam ilmu Al-Quran dan cabang-cabangnya.

  • Menguasai ilmu-ilmu alat moden seperti komputer dan lain-lain teknologi penyampaian maklumat.

  • Sentiasa komited menjalankan tanggungjawab mendidik ummat.

  • Menjadi “role model” kepada masyarakat dengan penampilan akhlak mulia.

KUALITI HUFFAZ YANG DILAHIRKAN

  • 1 blok surau dengan kapasiti 1,000 orang.

  • 1 blok pejabat menempatkan bilik mesyuarat, bilik dokumentasi, bilik percetakan dan ruang masak.

  • 2 blok asrama dengan kapasiti 150 orang setiap blok.

  • 1 blok dewan makan dengan kapasiti 500 orang.

  • 1 blok kelas pengajian 2 tingkat yang mengandungi 15 buah bilik darjah.

BINAAN ANJUNG HUFFAZ

SUMBANGAN

MASYARAKAT

Sumbangan boleh dibuat dalam bentuk wakaf khas tunai, wang peruntukan zakat, infaq/derma dan berbagai saluran yang lain yang menepati kehendak Syarak.

Maklumat tentang LAPIS boleh diperolehi melalui FACEBOOK ANJUNG HUSNUL KHATIMAH LAPIS. Sumbangan juga boleh dibuat secara online ke akaun YAYASAN KEBAJIKAN SABHA (2016), Maybank, TTDI bernombor 564276527165.

bottom of page