top of page
MAIN PAGE WEB AHK.jpg

PERHATIAN !!!

Laman web: www.husnulkhatimah.com telah dilupus (disabled). Platform ini tidak lagi mewakili AHK (Anjung Husnul Khatimah). Abaikan segala konten didalamnya.

KERJASAMA STRATEGIK:

Yayasan Sabha telah menjalinkan hubungan strategik dengan Wakaf Pahang   https://wakafpahang.my/projek/pembinaan-kompleks-anjung-husnul-khatimah/ .

Kerjasama ini untuk menghidup kembangkan institusi Wakaf dalam masyarakat bagi membangun umat.

GAGASAN PROGRAM

quran-4095475_640.jpg

Pendidikan Hujung Usia

Menyediakan Pendidikan Hujung Usia (PHU) kepada mereka yang berumur 50 tahun ke atas. Tumpuan diberi kepada tarbiyah/pendidikan spiritual, mental/intelektual  dan emosional. Latihan fizikal juga diberi penekanan untuk mendapatkan perimbangan dalam proses kehidupan.

study-862994_640.jpg

Memahami & Mempraktik

Menyediakan ruang secukupnya untuk para peserta memahami, menghayati dan mempraktik Ilmu Fardhu Ain, Fardhu Kifayah dalam suasana pembelajaran yang sentiasa menyegarkan.

book-1283468_640.jpg

Tapisan Awal

Peserta diberi taklimat lengkap serta 2 minggu hidup bersuai kenal (taaruf) untuk dijadikan ukuran kebersesuaian sama ada mereka boleh menjadi penghuni tetap AHK.

quran-4095475_640-1.jpg

Program Berasaskan Amali

Kandungan program menekankan aspek amali dalamana peserta boleh meneruskan sendiri apa yang telah dipelajari.

objektif

PRINSIP PENGURUSAN AHK

Umumnya pengurusan ANJUNG HUSNUL KHATIMAH (AHK) mengguna prinsip wakaf dalam mana bangunan, struktur dan harta yang ada di kompleks diurus secara berwakaf. Oleh itu AHK diurus menggunakan prinsip “non-profit making”, amal jariah, fisabilillah dan amal soleh. AHK dibangun dan dikendalikan sebagai satu cabang dakwah yang menekankan pengujudan institusi, program dan gerakerja yang dapat dilihat (visible) atau Dakwah Bil Hal. Dalam lain perkataan, AHK BUKAN TEMPAT MENCARI KEUNTUNGAN sebaliknya sebagai pusat mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan amalan fizikal, mental, emosional dan spiritual yang sewajarnya sebagai persediaan mengakhirkan hayat dalam Husnul Khatimah.

Madrasah 1.jpg

STATUS TERKINI AHK

Usaha sedang giat dijalankan untuk memohon Kebenaran Merancang (KM) daripada Majlis Perbandaran Bentong. Beberapa tindakan telah dan sedang diambil. Antaranya:

a. Tanah telah sempurna diwakafkan. Nama pemilik kini ialah Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

b. Wakaf Pahang (https://wakafpahang.my/) mewakili MUIP sedang mengatur program Jelajah Pahang untuk mempromosi AHK dan Wakaf Pahang.

c. Kerja-kerja pembersihan tapak seperti penebangan pokok, pembersihan serta membawa keluar kayu kayan telahpun siap dikerjakan.

d. Site ofis sementara dalam bentuk kabin telah pun siap dipasang dan sedia untuk digunakan.

e. Sedang menunggu kelulusan untuk bina 'hoarding' dan kerja-kerja tanah.

f. Jawatankuasa Teknikal sedang giat menyiapkan laporan masing-masing. Laporan awal untuk KM dijangka siap dalam bulan Julai.

bottom of page